DOA UNTUK ORANG BERCINTA

Tuhanku
seandainya telah Kau
taqdirkan die milikku, tercipta buatku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
tetapkanlah kemesraan antara kami
agar kebahgiaan ini kekal abadi
dan tuhanku
seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini
ke tepian yang sejahtera
tetapi tuhanku yang maha pengasih
seandainya telah Kau taqdirkan
die bukan milikku
bawalah die jauh dari pandanganku
luput dari ingatan ku
dan peliharakanlah aku daripada kecewa
serta tuhanku yang maha mengerti
berilah aku kekuatan
melontar bayangannya ke dada langit
hilang bersama senja merah
dan gelap pekat awan
agar aku bisa bahgia walau tanpa dirinya
dan tuhanku yang maha pencipta
gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana pun aku menyintai dirinya
aku pohon agar tuhanku
melenyapkan perasaan ini
sekiranya die ditaqdirkan bukan milikku
tetapi
sekiranya die ditqdirkan untuk ku
kupohon agar taqdir
memperkuatkan kasihku padanya
selagi tidak melebihi
kasih ku pada-MU
amin

cyborg

sumber: homepage kelas 5/3 1995 (KISAS)
 
 
 


  Bibi Sabariah    Hasyuda Abadi   Jasni Yakob   Netee
   Tiras R.   Farah Nabila     Hj Mohnas     Zaharah Nawawi    Zaid Akhtar
   Nuruhuda Rosli   Abdul Hamid     Ramli Abdul Rahim
   Bediuzzaman   Nur Aleef     Ediramle   Adieputera     Mohd Fudzail
   Tikuih Mondok   Tommy Liew    Zizie Dollah     Idan Radzi
   Anina Sofia  M. H. Tee   Along
  Farah Dyba   Cikgu Metal  Intai Kinabalu  Arisel ba  Ida Munira
  Yaser M.A..   Nurjannah Mohd Salleh   Hassan Karim
   Yunus Tasim   Achik  Acid  Saiee Driss  Julie Mohamed
  Yusuf Fansuri
  
 
 

Ke Bisikan Penyair Maya