APABILA 'ORANG TUA' MERAJUK
Memandang persoalan diri
dalam kanta orang tua
bermukim di hatinya
sayu, pilu dan bersendiriankemahuan harus diikut
harapan mesti ditunaikan
amarahnya, aduhai, tak mudah
dipujukrajuk bapak
'anak-anak'nya mula buta arah
kerana rajuk 'orang tua'
bukan calang usaha memadamkan
amarah, pilu, sayu
dan bersendiriannyamenjadi 'orang tua'
mengapa tidak menunjuk
amarahnya, pilu dan sayunya
mencermini peribadiHasyuda Abadi
IPS
1 Mei 2000
Hasyuda Abadi (Sukor bin Usin@Hussin) adalah penyair kelahiran Bumi Di Bawah Bayu. Kini menjadi orang kuat Ikatan Penulis Sabah (IPS). Beliau telah banyak melahirkan banyak karya puisi dan motonya berpuisi untuk beribadah..