Kita Bertemu Jua.....
Kita bertemu jua
di stesen kereta api
setelah sepuluh tahun berpisah,
namun segala-galanya segar menjelma,Kita bertemu, berjabat, bermesra,
berpisah lagi kerana rezeki,
sama-sama menempuh cabaran,
demi nusa dan bangsa?
Hari-hari kita berusaha,
namun hasil titik peluh tidak setimpal,
suasana dan lingkungan yang memaksa,
penderitaan yang terbelit di jiwa.
M.H. Tee
6 Ogos 1999