DEKLARASI
KEMERDEKAAN
Aku bebas dan merdekabebas untuk memilih
merdeka untuk menentukan
nasib dan masa depanlalu kupilih untuk
tidak menggunakan
kebebasan ini
dan membiarkan diri dikurung
oleh jadual dan aktiviti
yang mencabar dan rumitsekadar tidak mahu menikmati
kemerdekaan ini
lalu memilih untuk mengikut arus
melaksanakan perancangan
orang yang punya agenda dan wawasan
kerana enggan bersusah payah
meneroka keupayaan diri
dengan pulangan yang tidak berbalui
dan kepuasan yang tidak terjamin
semacam terperangkap di dalam
dendam yang tidak berhujung.Aku bebas dan merdeka
lalu menggunakan kebebasan
dan kemerdekaan itu
untuk tidak bebas dan tidak merdeka
kerana di situlah kesejahteraan
yang memberi erti kepada kewujudan
dalam kerangka tamadun
kerana tamadun tidak pernah kekal
dan terpelihara oleh peperangan dan keganasan
zahir atau batin
dicetus oleh kebebasan mutlakAku sesungguhnya
bebas menentukan arah hala sendiri
dan malas membuang waktu
merancang dan mencerna
satu warna kehidupan corak peribadiAku tetap bebas dan merdeka
dan memilih untuk
terikat dengan rutin
terbelenggu dengan tugas dan kerja
kerana di situ kebahagiaan dalam
memenuhi erti kebebasan dan kemerdekaan
menikmati rahmat kehidupan
aman dan tenteram, dan
aku enggan menukarkannya
dengan kebebasan mutlak
yang merangsangkan kehaiwanan
mengguna segala ruang dan tenaga
untuk menindas atau ditindas
musnah sia-siaAku bebas dan merdeka
dalam keterhadan ini, kerana
menggunakan kebebasan untuk
memilih mengikut suka hati
jalan hidupku
aku beroleh kebebasan dan kemerdekaan hakiki
dalam kebebasan berharap
dalam sujud dan doaAku bebas dan merdeka
Saiee Driss
Sibu
17 September 1999