Berikan Aku
(Buat tuan-tuan imam)
Berikan aku
tongkatmu itu
agar dapat kupanjat
tangga-tangga mimbar
dan berdiri berkhutbah di atasnya.Berikan aku
teks khutbahmu itu
agar dapat kuubah
isi-isi yang tidak perlu
yang tidak relevan dan terlalu mengampu.Berikan aku
mikrofonmu itu
agar dapat kukejutkan
para makmum yang lena
dek khutbah-khutbah membosankan
pada Jumaat-jumaat lalu.
Zaid Akhtar
Endau, Mersing
Zaid Akhtar adalah lepasan Universiti Yarmuk Jordan. Kini sedang menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa.