Harijadi
hari ini hari jadiku
aku bangun Subuh tadi
bersujud kepada Allah
ini hari bermakna buatku
biar tiada lilin dinyalakan
itu tidak perlu
aku telah merelakan menjadi dian
membakar diri sendiri
menerangi kegelapanmana anak-anakku dan isteriku?
mereka rampas kasih sayangku
aku tak perlu menitiskan air mata
pada pagi ini
kerana hari ini harijadiku
aku mesti bangun seperti pagi-pagi yang lain
berdepan dengan dunia tak menentu
aku akan keluar satu hari nanti
dari sel sempit ini
tak tahu hidup atau pun matibayangkan deraan yang mereka paksakan
kamar penjaraku kecil dan sempit sekali
sedang tingkap terlalu tinggi
terasa benar aku dihimpit segala dinding
tebal dan keras, lemas dan menyesakkan
terasa benar aku dikurung dibelanggu
dengan berbelas-belas pintu besi perlu dilalui
untuk sampai ke sel sempit inikenapa begini mereka lakukan kepadaku?
di sebelahku bilik merawat luka dan pesakit AIDS
di sebelah satu lagi kamar mayat
aku ditengah-tengah untuk dipatahkan semangat
aku pernah bercakap
kita perlu tegakkan masyarakat madani
tapi aku diperlakukan beginibiarlah
siksaan mental ini memang disengajakan
deraan jiwa ini memang dirancangkan
aku memujuk diriku supaya tawakal
berserah pada Tuhan
doa kupohon
semoga Allah kuatkan imanku
melawan kekejaman iniaku berjanji
pada pagi harijadiku ini
tak perlu kuih dipotong
tapi kita berjanji
kita bersama akan memotong
segala rantai yang membelenggu kebebasanaku berjanji
pada pagi harijadiku ini
tak perlu lilin dinyalakan
tapi kita berjanji
kita bersama akan nyalakan
api perjuanganHassan Karim