Pemimpin Kita Hari Ini
Menangis dia lagi
Bila rakyat berdemonstrasi
Kononnya rakyat tak mensyukuri
'Nikmat' yang telah dia beri
Dan 'budi' yang dia taburiMenangis dia lagi
Bila budak sekolah mula membenci
Kononnya emak bapak yang ajar mencaci
berkatalah dia 'apalah...salah saya ini...
...jasa saya tak pernah mereka kenangiMenangis dia lagi
Konon simpati keciciran anak bangsa sendiri
Tapi tidakkah dia sendiri mengerti
Siapa yang punya angkara begini
Perlaksanaan akta kolej universiti
Yang jadikan anak bangsa jumud dan tuli
Biasiswa bertukar pinjaman yang perlu diganti
Sampai anak bangsa terpaksa belajar dan bekerja
mencari
rezeki
Buat membayar yuran yang semakin tinggiApakah perlu dia menangis lagi
Adakah untuk menagih simpati
Atau hanya untuk memancing undi
Bila tiba waktu pilihanraya nanti
Supaya dia diberi mandat sekali lagi
Untuk merosak anak bangsa seabad lagiBiarlah dia terus menangis lagi
Walau airmata darah mencurah berbaldi-baldi
Tapi kita tak mudah simpati
Buat kita semakin benci
Dengan apa yang telah terjadi
Malah bertekad untuk tegakkan keadilan kembali
Menukar kepimpinan durjana dengan yang hakiki
Agar kubur kita tidak dinajisi
Oleh anak cucu sendiri di kemudian hariYunus Tasim