malam yang kutarik selimutnyaMalam Yang Kutarik Selimutnya
adalah mimpi realiti dalam berjaga
memunggah kenangan
seada-adanya
dalam gelap yang kuwarnakan pelangi
adalah siri pelarian datang dan pergimalam yang kutarik selimutnya
buat menguji ketahanan diri
kubawa minda jauh berlari ke dasar sunyi
adalah kedewasaan dalam siaga
untuk kembali menemui Diamalam yang kutarik selimutnya
patigeni menyungsung kedukaan
kujejerkan doa-doa di telaga al-hikam
adalah sisa keteguhan meronta
mendakap jawapan Malikul
Ma'budmalam yang kutarik selimutnya
buat membalut luka-luka
adalah pertemuan mempersona
akuku dan akuMu menyatu
dalam kasih jitu !Tiras
Cepu Kencana
KL
Tiras R. mendapat ijazah dalam Pengurusan Maklumat. Kini melanjutkan pengajiannya di dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa.