Wahai Singawahai singa
walaupun tuhanku pernah berkata
"wahai manusia
aku jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan
daripada pelbagai kaum dan kabilah
agar kamu kenal mengenali
antara satu sama lain,
dan sesungguhnya
semulia-mulia kamu adalah orang yang
bertaqwa"
kau kadang-kadang lebih kenal
bangsamu
berkasih sayang di antara kamu
lebih hebat daripada kami
BANGSA MANUSIAramli abdul rahim
malaysia
4 Sept 2000