Berasmara Di Bawah
Pokok Kelapa1
Sepasang kekasih dalam asyik mahsyuk berasmara
di bawah pokok kelapa yang lebat buahnya
tanpa mengambil kira angin sepoi-sepoi bahasa
yang mula menggila, si gadis merebahkan kepala
pada kekasih yang diuleti khayalan sedap peringkat tertinggi
pasangan kekasih itu tak peduli kalau buah kelapa
akan menghempap kepala
salah seorang daripadanya
atau kedua-dua sekali
masabodo
hidup berdua mati bersama
kan kunanti dikau di pintu syurga.2
Akhbar hari ini persis sepasang kekasih yang berpelukan
mesra di bawah pokok kelapa
ia syok sendiri
maka diperbodoh-bodohkan massa
biarkan biarkan
si luncai terjun dengan dengan labu-labunya.3
Apabila kukarang Teheran Times
Nanang mungkin dapat membaca sedikit
realiti Jakarta dan Kuala Lumpur mungkin agak berbeda
apa yang cuba kuseberangkan mesej sajakku
semasa zaman Shah Iran gimana wajah Teheran Times
sesudah revolusi zaman Ayatullah Khominie gimana pula
zaman Sukarno, Suharto dan Gus Dur tentunya berbeda
Nanang kena belajar Kuala Lumpur juga mungkin tidak
tenang sentiasa
setenang tasik tiada gelombang.4
Sasterawan mungkin boleh jadi syaitan bisu
yang masuk dalam golongan khayali
persis sepasang kekasih yang berasmara
di bawah pokok kelapa
tidak ambil peduli
pokoknya perutnya berisi
apa lagi yang didamkan oleh sasterawan
mengarang sajak-sajak revolusiner
memakaikan pakaian yang indah-indah
pada kebejatan yang nyata
sumpah seranah
pada pemimpin yang menjadi wira tangis alami.5
Apalah ertinya kemerdekaan pada sepasang kekasih
yang mabuk asmara di bawah pokok kelapa
dunia ini "ana yang punya"
aduh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sungguh enak hidup di bawah bayangan sang kekasih.RAMLI ABDUL RAHIM
MALAYSIA
1 September 2000
Ke Koleksi Puisi Ramli Abdul Rahim