kubur Lt Adnan entah di mana
Bukit Candu persis Bukit Timah
West Coast Drive
Geylang
Arab Street
UMNO sudah lama mati di Singapura
isteriku melihat diorama Raffles menjajah Singapura
di Pulau Sentosa
Merlion separuh manusia separuh singa memancutkan air
sepanjang masa
warga Singapura bagai merpati
keluar pagi
balik petang
ke sarang mereka
dan baru sekarang mereka boleh beranak
lebih daripada 5
nenekku kelahiran Singapura
ayah saudaraku warga dua negara
kerana pada suatu ketika
Singapura pernah bersama Malaysia
apalah ertinya sebuah kemerdekaan
yang terpaksa
sampai bila mesti ada orang memantau
kemerdekaan diri
segera aku teringatkan KGV
Mossad Israel
SB Saddam Hussein
aduhai.....
layar terkembang
dunia luas terbentang
RAMLI ABDUL RAHIM
MALAYSIA
3 Sept 2000