sajak buat ameera jasni
Ameera
kau adalah anugerah buat ibu dan ayahmu
kau mentautkan simpulan sayang
kau akan menjadi sumber inspirasi
bait-bait indah ciptaan ayahmu
tidak ada bahasa yang lebih indah
untuk menterjemah bicara syukur
kau amanah untuk generasi pengganti
perjalananmu telahpun bermula
pelbagai wajah teater hidup
akan kau tonton
ibu dan ayahmu
akan sentiasa sabar menunggu
siang dan malam
mengharap kelahiran manusia Ameera sebenar
di satu hari nanti
Insya'Allah.RAMLI ABDUL RAHIM
Shah Alam
21.4.2000
12.40 tengah malam