Apabila Ruh Sakit
Apabila ruh sakit
Ia seronok dengan dunia yang sementara ini
Ruh itu lebih kenal kerusi pangkat takhta perempuan wang dinar istanaApabila ruh sakit
Ia tak nampak alam lain yang menantinya
Ia mau lama-lama duduk di dunia ini
Ruh itu tak pernah mendengar seruan bumi yang bertalu-talu
"Wahai ruh fulan bin fulan
Kau berenak-enaklah di atasku
Aku sedang menanti kedatangamu".Apabila ruh sakit
Ia buta segalanya
Ia menjadi pekak
Sepekak-pekaknya.Apabila ruh sakit
Ia bertambah sakit
Janjinya di alam arwah
Dipersetankan
Apakah mungkin ia akan mencapai maqam
"Wahai ruh yang tenang
kembalilah kau kepada Tuhanmu
dalam keadaan redha dan diredahi
masuklah di kalangan hambaku
masuklah syurgaku".Ramli Abdul Rahim
Malaysia
25 Ogos 2000