KOLEKSI
PUISI SUFI
UNTUK UKHTI ZUBAIDAH
SAKIT (1)Mati semut kerana
GulaMati sang kelkatu mengejar
Sirna
CahayaAda hati yang mati
Sakit
Mati sebelum mati
Sebenar
TibaRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
SAKIT (2)
Siapa
Apa
Yang sakit
Sebenarnya?Ramli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
WASIAT BUAT ZURIAT
Tatkala Nabi Ya'kob hampir wafat
Dia memanggil anaknyaAnaknya ditanyakan
Apakah yang kau akan sembah sesudah ketiadaanku nanti
Aku akan menyembah Tuhanmu, Tuhan bapamu…..Nabi Ya'kob tidak mengagih-agihkan harta
Tamar, keldai, unta, emas, dinar dan istanaRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
NOSTALGIA CORDOVA
Apalah ertinya kita bernostalgia dengan kenangan manis zaman silam
yang entah bila akan kembaliTariq Ibnu Ziad terpahat dalam muzium sejarah kegemilangan Islam
Dia membakar kapal perangnya setelah menyeberangi Selat Gibralter
Dari Afrika Utara
Untuk menawan bumi AndalusiaCordova kini hanyalah barangan antik untuk bernostalgia
Apalah ertinya apabila masjid telah bertukar menjadi gerejaIsabella ratu Ferdinand yang membakar Muslim Andalusia dalam "Spanish
Inquistion"
Dijadikan lirik lagu oleh komposer yang buta sejarah
Ironis sekali peradaban yang telah tercalarRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
PENYAIR IMAM SYAFI'E
Penyair Imam Syafi'e
Solat sunat dahulu
Sebelum mengarang syairnya
Dan mengarang kitabnya
Ramli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
TIMUR DAN BARAT
Ke mana saja kuhadapan wajahku
Baik ke timur atau
Ke barat
Aku mengadap-MuRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
SAKIT (3)
Rindu pada-Nya
Pada hati yang telah lama tidur
Boleh menyakitkanRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
SAKIT (4)
Sakit luaran nampak berdarah
Sakit dalaman bertampal senyumanRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
SAKIT (5)
Tika segala yang bernama makhluk tidak boleh mengubat penyakit ini
Jawabannya cuma ada
Pada-NyaRamli Abdul Rahim
24 Ogos 2000
TINTA PERJUANGAN
Kekadang terasa perjuangan ini bagai melepas batuk di tangga
Merindukan keintiman di malam-malam yang bening
Memanjatkan doa dhuha
Tika mentari tinggi segalahMemang Allah tidak memberati semuanya sekadar kemampuan diri
Tinta perjuangan ini tidak akan sama dengan darah Sayyidina Hamzah
Yang tersimbah
Syahid
Sayyidina Hassan dan Hussin di bumi Karbala
Omar Mokhtar mati di tali gantung di Libya
Assyahid Hassan Al-Banna Mesir dibunuh oleh siapa
Di bawah Bayangan Al-Quran Sayyid Qutb tersenyum
Sebelum dia diserahkan pada algojo
Syair mereka tercerna dengan darah
Penjara jadi permainan mujahid
Sayid Sakit Arsalan Turki
Beduizzaman Said Nursi Turki
Abdul Kadir Audah Mesir
Tinta perjuangan mereka tak sama dengan kita
Jamaluddin Al-Afghani punya wawasan Islam alami
Muhammad Abduh menjana fikrah
Abul Hassan Ali An-Nadawy India
Al Maududi Pakistan
Bapak Natsir Indonesia
Kita ada apa..........
Ramli Abdul Rahim
24 Ogos 2000