Rintihan Pohon
Nan Sepi
kenapakah tidak ada burung-burung
hinggap di dahanku
kenapakah tidak ada kembara
berteduh di bawahku
kenapakah aku ditinggalkan sepi begini
mungkin benarlah kata pujangga
aku ibarat ilmu yang tak diamalkan
bagai pokok tiada buah
apakah kemiskinan ini satu dosa
oh Tuhan
kesepian ini benar-benar membunuhkuRamli Abdul Rahim
Malaysia
13 Ogos 2000