Noordin Hassan

Dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang. Noordin memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang.  Setelah itu dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang.

Setelah kekalahan Jepun, dia melanjutkan pelajaran di Penang Free School. Pada tahun 1952, dia dihantar ke Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih.

Pada tahun 1962, dia melanjutkan pengajian di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris. Penglibatan Noordin dalam bidang kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama. Dia telah dianugerahkan 'Anugerah Sasterawan Negara' pada tahun 1993.
 


Ke Ensaiklopedia Sastera