Muhammad Hj. Salleh

Dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak. Muhammad Hj. Salleh mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford
Lodge, England.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973.

Dalam tahun 1977 beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat.

Muhammad Hj. Salleh kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan
Persuratan Melayu dan pernah menjadi Naib Dekan Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Institut Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1978 beliau dilantik menjadi Profesor
Kesusasteraan. Dia telah dianugerahkan Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1991.
 

Ke Ensaiklopedia Sastera