KAWAN
Oleh: Arisel B. A.
Memulakan sesuatu tugas atau tanggungjawab memang didapati sukar. Terutama
bila sesuatu tugas dan
tanggungjawab itu tidak dipraktikkan sekian lama. Kali terakhir cerita
yang ditulisnya tersiar sekitar bulan
September, 1996 dalam sebuah akhbar tabloid mingguan. Lima bulan
sebelum itu dia telah tidak menulis
lagi. Ini bermakna bahawa dia mula memberhentikan menggauli alam
sunyinya sejak Mei, 1996. Dan kini
bagi memulai tugas dan tanggungjawab seni kreatif itu memang sukar
baginya.
Kini dia cuba memulai semula tugas dan tanggungjawab yang diberhentikan
selama 24 bulan itu. Setiap
hari mulai awal tahun dia mengadap PC-nya. Malangnya hasil penulisannya
masih belum menampakkan
kesiapannya. Banyak isu yang boleh ditulis. Suasana negara dalam
kegawatan ekonomi. Aktiviti
rakyat yang serba tidak kena. Nilai ringgit jatuh merudum. Harga
barang-barang mulai mahal. Wabak
inflasi dan deflasi. Pemotongan belanjawan Kerajaan mahupun pihak
Swasta. Gelagat pendatang tanpa
izin. Jenayah kecil, jenayah besar. Rompak. Bunuh. Kemarau. Kebakaran.
Catuan air. Kolam takungan
najis mulai kering. Malangnya dari terlalu banyak isu dalam tabung
mindanya, dia gagal dicerna untuk
dijadikan cerita.
Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu.
Buntu. Sinonim dari kata
buntu cukup meresahkan. Merimaskan. Tersekat. Putus asa. Putus akal.
Habis akal. Hilang akal. Habis
ikhtiar. Pepet. Buntet. Tertutup Menyusahkan. Dia buntu dengan
mainan kata-kata itu. Dia
lalu menutup suis Komputer Meja dan memasuki alam sunyi untuk mencari
Khattam-Shud.
Tulis Salman Rushdie dalam dongengnya, Haroun and the Sea of Stories,
mengatakan bahawa
Khattam-Shud itu adalah Paduka Kebisuan yang mengerikan lalu berkata:
“ Cerita hanya membuat
kacau. Sebuah Lautan Cerita adalah sebuah Lautan Kekacauan”. Ungkapan
Salman Rusdie itu amat
menakutkannya, Dia tergiang-giang ungkapan yang mengerikan itu. :
“ Cerita hanya membuat
kacau. Sebuah Lautan Cerita adalah sebuah Lautan Kekacauan”. : “
Cerita hanya membuat kacau.
Sebuah Lautan Cerita adalah sebuah Lautan Kekacauan”. : “ Cerita
hanya membuat kacau. Sebuah
Lautan Cerita adalah sebuah Lautan Kekacauan”. : “ Cerita hanya membuat
kacau. Sebuah Lautan
Cerita adalah sebuah Lautan Kekacauan”. : “ Cerita hanya membuat
kacau. Sebuah Lautan Cerita
adalah sebuah Lautan Kekacauan”.
Benarkan begitu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu.
Buntu. Buntu. Buntu. Buntu.
Buntu. Tersekat. Tapi belum putus akal atau habis akal atau hilang
akal. Masih ada ikhtiar. Belum lagi
pepet atau buntet. Masih ada harapan untuk memulakan satu permulaan.
Untuk menulis awal sebuah
cerita perlukan ketabahan, kata hati kecilnya, sendirian dan sunyi.
Dia gagal menemui Khattam-Sud,
Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu.
Buntu. Buntu
Dia tergiang-giang akan suara Danarto, “ Apapun yang ditulis, cerita
sebenarnya hanya omong kosong.
Kenapa ia ditulis terus? Kerana ada saja orang yang ingin membaca
perihal omong kosong. Dan itu
sedikit banyak mendatangkan kegembiraan. Asal masih saja bergembira,
itu sudah cukup... Kerana
masih ada orang yang mahu membaca sekadar omongan. Mungkin dari
omongan ini boleh melahirkan
pelbagai rasa yang berbeza. Apa yang penting, jika ada yang
merasa geram atau lucu atau gamblang”.
Tiba-tiba mendesing suara Putu Wijaya, “ Sebuah cerita adalah bagaikan
sebuah mimpi baik dan mimpi
buruk. Tidak terlalu penting urutan, jalinan, kerana kadang-kadang
ada dan kadangkala tidak. Yang
utama ialah perkhabaran yang dibawanya, daya pukau, daya magis, tamsil,
ibarat, tikaman jiwa, firasat
dan berbagai efek yang diberondongnya menyerang siapa yang mengalami
mimpi itu. Ia biasa gamblang,
jelas secara teliti dan persis melukiskan apa yang akan terjadi,
tetapi ia juga biasa kebalikan atau buram
sama sekali sebagai sebuah ramalan yang memerlukan tafsir. Cerita
adalah teror mental kepada
manusia...”.
Dia memetik semula punat suis Komputer Meja selepas keluar dari alam sunyi.
Dia cukup memahami
nasihat dari Salman Rushdie, Danarto dan Putu Wijaya. Dia mahu kembali
memulakan peperangan
dalam hatinya untuk memecahkan kebuntuan. Dia berjanji bahawa pengalaman,
ilmu bantu dan omongan
dengan rakan-rakan penulis boleh diadun menjadi senjata yang ampuh
untuk membunuh kebuntuan. Dia
percaya itu.
Sejak awal tahun 1998, dia mempersiapkan pelbagai bahan, planner harian,
mingguan dan bulanan
memasuki semula alam sunyi yang ditinggalkan sejak sekian lama. Hari
ini adalah hari ke 99 dalam tahun
1998. Telah memasuki minggu ke 15. Di depan kehidupannya menanti
266 hari bagi
menggenapkan bilangan hari dalam tahun 1998. Bahan cerita, barisan
watak, latar, suasana, sudut
pandangan, tema telah dipadatkan dalam tabung mindanya. Malangnya dia
masih gagal untuk
memulakannya. Menjadi suatu tragis bagi dirinya bagi memulakan penulisannya.
Dirasai beberapa roh
baik dan roh buruk mengelilingi dirinya. Dia masih buntu mengukir
sebuah kehidupan di atas kertas. Dia
masih gagal mengetuk aksara dari huruf A hingga huruf Z, dari
angka 1 hingga 0. Dia kekal dalam
kebuntuannya.. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu.
Buntu. Buntu. Buntu. Buntu
Dia kembali menghadapi PC-nya hari ini. Dia mahu memasuki semula alam sunyi
yang penuh misteri dan
penuh keajaiban ini. Hari ini adalah hari ke 103 dalam tahun 1998.
Telah memasuki minggu ke 16. Ada
37 minggu lagi di depan. Di depan kehidupannya menanti 262 hari lagi
bagi menggenapkan bilangan
hari dalam tahun 1998. Malangnya sebuah cerita masih belum disiapkan
lagi. Apatah lagi jumlah cerita
yang diterbitkan oleh akhbar atau majalah. Masih sipar. Bahan cerita,
barisan watak, latar, suasana,
sudut pandangan, tema telah dipadatkan dalam tabung mindanya. Dia
cuba memerangi kebuntuan. Dia
cuba menjana alam sunyinya dengan sebaik mungkin. Walaupun gagal
menemui Khattam-Sud. Tidak
mengapa. Asal saja dapat menyiapkan banyak lagi cerita dongengan
dan cerita omongan untuk bacan
sendiri, isteri, anak-anak, rakan-rakan dan masyarakat. Apakah mereka
faham atau tidak, itu
tidak penting. Fikirnya sambil mengeluh sedalamnya. Dia akan menulis
cerita dongengan dan cerita
omongan yang ditimba dari Lautan Kekacauan. Baik kekacauan realiti,
mahupun kekacauan imaginasi.
Dari lautan kekacauan itu bermula segalanya. Nasib Nabi Adam dan
Siti Hawa dicampak ke dunia
kerana kesalahan memakan buah larangan, iaitu buah khuldi. Episod
itu bermula dari kekacauan yang
diwujudkan angkara iblis. Rahmatnya tetap unggul di mana kini beratus
ribu juta manusia telah mendiami
dunia ini. Dan setiap hari dunia mengalami kekacauan.Apakah kekacauan
itu dari Lautan Kekacauan
Khattam-Sud. Atau apakah Lautan Kekacauan itu berada di dalam diri
setiap manusia di dunia ini.
Persoalan itu semakin membius akalnya yang mahu memulai penjanaan
alam sunyinya. Belumpun sempat
dia memasuki alam sunyinya, PC-nya tiba-tiba mengeluarkan signal
yang menandakan ada e-mail yang
akan masuk ke dalam komputer. Dia begitu tekun membuka perisian E-Mail
menggunakan
Internet Explore versi ke 4 dan menyambungkan capaian talian dari
angkasa terbuka ke PC-nya di
URL: 202.188.0.133. Dia menatap monitor dengan sabar. E-mail dari
mana, agaknya, fikirnya tenang.
Sdra…beberapa persoalan yang saudara kemukakan itu, soal bagaimana untuk
memulai sesebuah
cerita, memang sulit sekali dijawab. Sekadar saya memberi beberapa
andaian, semoga andaian ini
dapat membantu saudara menguasai alam sunyi yang penuh misteri di
alam penulisan cerita…
Jika saya memasuki satu ruang, berdinding atau tidak, terjadilah
perubahan dalam diri, suatu
transformasi dan metamorfose yang berkaiatan dengan ruang itu… Lalu
di manakah waktu? Ketika
saya berlama-lama atau bersingkat-singkat dengan jelmaan saya itulah,
waktu berada… Yang
jadi fikiran saya adalah bagaimana menulis segala sesuatu yang ada
kaitannya dengan jelmaan ruang
waktu itu. Dari sini saya sangat erat berhubungan dengan kata, kalimat,
menyusun baris-baris, jarak
secara fizikal baris-baris kalimat yang satu dengan yang lainnya.
Bahkan irama dan tempo membaca
saya perhitungkan...
Kalau begitu, setiap saat saya akan sentiasa menjelma? Benar.
Dari sahabatmu, Danarto, Taman Ismail Marzuki, Jakarta.
Signal dari PC-nya terhenti. Dia membuka semula perisian memproses perkatan
dari jenama
Lotus-WordPro. Dia kembali mencapai fail: Awal.LWP… dan dokumen itupun
muncul di layar
monitornya.
Dia membaca kembali apa yang telah ditulisnya. Tidak ada cerita mengenai
kegawatan ekonomi. Tidak
ada cerita tentang manipulasi episod-episod politik. Tidak ada cerita
mengenai gejala sosial. Bahan dan
maklumat dari dalam tabung mindanya gagal dijana ke arah menghasilkan
cerita. Ini mungkin kerana
kebuntuan yang dialaminya. Ini mungkin tiada motivasi dari rakan-rakan
penulisnya yang lain.
Rakan-rakannya juga bersendirian dan bersunyian sepertinya. Dia merasa
rimas. Dia merasa buntu.
Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu. Buntu/ Buntu. Buntu. Suatu
malam ketika dia menceritakan
kepada isterinya, isterinya dengan wajah sinis membentak, “ Itukan
mimpi abang saja… mimpi penulis
kecil yang ingin jadi pujangga, dan menjadi idola, menjadi simbol
semata. Berhentilah… menulis fiksi –
baik omongan mahupun dongengan di Malaysia belum mampu menyara keluarga.
Berilah tumpuan pada
saya dan anak-anak yang perlukan kasih sayang abang. Bukan asyik
berkhayal depan komputer.
Sekejap menjelma menjadi itu, menjadi ini…!”
Dia terkejut besar. Mungkinkah isterinya sudah mengucapkan dengan tepat
sekali, apa yang sulit
merumuskan untuk memulakan sebuah cerita.
Dia terlopong.