Dunia Sastera
Tidak Punya
Visi Dan Misi
oleh: Armiza Nila
Saya ingin membawa "Tajuk" ini untuk dibicangkan bersama rakan2 semua
yang saya kira lebih arif lagi dengan situasi yang berlaku dewasa ini
dalam dunia sastera kita.Saya amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Sharol Lail Sujak
selama dua hari berturut-turut dalam ruangan Sastera & Budaya menerusi
akhbar Berita Harian bertarikh 8 & 9 Ogos, 2000 (Selasa dan Rabu) yang
berbunyi "Dunia Sastera Tidak Bervisi" dan "Sasterawan Tidak Hargai Diri
Sendiri".Hati dan jiwa saya begitu memberontak setelah membaca beberapa kali
artikel berkenaan. Betapa golongan sasterawan dikritik sebegitu hebat
tanpa memberi sedikit ruang pun untuk membela diri. Maaf, saya agak
mentah sebenarnya tapi sebagai seorang yang amat meminati bidang ini
yang telah menjadi darah daging saya, saya amat tersentak
sebenarnya..maklumlah darah muda yang masih memerlukan bimbingan dan
dorongan memang mudah melatah dengan isu-isu sebegini. Saya sebenarnya
sentiasa melihat dunia sastera itu begitu indah dan amat bernilai
sekali. Tapi, apa yang diutarakan oleh penulis (Dr) amat mengecewakan
sekali tapi tidaklah sampai mematahkan semangat.Antara petikan kata-kata beliau ialah 1) "Persoalannya, jika benar
penting mengapa sastera terpinggir? Terpinggir kerana sastera dipandang
tidak mempunyai nilai oleh orang ramai. Sama ada nilai komersil, nilai
dagang mahupun nilai jasmani dan rohani." 2) " Jika kita ingin
memperuntukkan sedikit waktu kepada fikiran atau jika boleh memberikan
ruang kepada mata hati kita meneropong keadaan dunia sastera tanah air
kini, saya yakin kita dapat lihat sastera terpinggir disebabkan dunia
sastera tidak ada visi dan misi." dan penulis berpendapat bahawa dunia
sastera tidak bervisi berdasarkan penampilan, tindakan dan fikiran dalam
dunia sastera sendiri.Di samping itu penulis juga mengatakan bahwa dunia sastera adalah dunia
percakaran...sasterawan masing-masing mempertahankan pendapat dan
sentiasa mahu mengatakan kelemahan orang lain tanpa mahu berbincang
untuk memperbaiki keadaan. Benarkah ini berlaku wahai sahabat2 sekalian.
Memang kita akui...namun di sebaliknya pernahkah kita terfikirkan akan
kebaikan di sebalik percakaran ini....bersatu tidak semestinya boleh
menjamin bahawa dunia sastera tanahair kita gah di arena antarabangsa...Sasterawan juga dihentam akan penampilan diri mereka. Begitu sinis
sekali penulis mengatakan bahawa "Kita juga berharga bukan saja dari
segi isinya tetapi juga penampilannya. Jangan jadikan kita nampak sangat
bergantung kepada mereka untuk mendapatkan pengiktirafan!"Akhirnya penulis mencadangkan untuk mengatasi masalah keterpinggiran,
eloklah dunia sastera duduk berbincang bersama, jangan berbalah, carilah
apakah visi dan misi yang sewajarnya untuk dunia sastera dan kemudian
pastikan pula visi dan misi itu difahami dan dihayati semua yang
terbabit dan paling sesuai kononnya beliau berkata..."bersatu
memartabatkan sastera tanah air".Maaf sekali lagi, mungkin apa yang saya tulis ini agak tidak tersusun.
Cumanya saya ingin memanjangkan isu ini kepada rakan-rakan semua untuk
memberi pandangan akan keterpinggiran dunia sastera dan tidak
bervisi-misi ini.Pada saya, bersatu memartabatkan sastera tanahair tidak menjamin akan
keberkesanan dan kemajuan sastera kita. Lihatlah di negara-negara lain
contohnya Indonesia yang paling dekat..tidak semua penyairnya
bersatu..maksud saya tidak semua fikiran dan tindakan penyair mereka
diterima oleh semua golongan namun, karya dan pemikiran mereka mampu
diiktiraf oleh antarabangsa. Tidakkah ini satu jawapan kepada persoalan
tadi bahawa kita perlu bersatu. Setiap kita telah dianugerahkan bakat
dan keistimewaan masing-masing yang berbeza. Oleh itu, kita
masing-masing berupaya sebenarnya memartabatkan sastera tanahair tanpa
menunggu untuk bersatu atau mengadakan persatuan sehingga seperti yang
dikatakan tadi ialah lebih banyak mengundang gelanggang percakaran!Nah!...saudara-saudaraku searena sastera....saya membuka ruang ini untuk
kita sama-sama bincangkan untuk mendapatkan sedikit-sebanyak ilmu yang
boleh dijadikan panduan. Tidaklah dunia sastera kita terlalu dipandang
rendah orang golongan korporat (profesional) yang lain sedangkan
sasteralah yang telah banyak menabur bakti dalam menaikkan semangat
nasionalisme, patriotisme dan bermacam-macam me lagi ke dalam jiwa anak
merdeka ini!
Tekan Untuk Kembali Ke