Make your own free website on Tripod.com
 
 
 

Usman Awang

Dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI. Dia pernah menjadi anggota polis
bila Inggeris mula memerintah pada tahun 1946.

Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu.
Pada tahun 1962, Usman Awang diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.

Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi Ketua Bahagian sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Usman Awang juga turut menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, U.A., dan Zaini. Dia pernah menerima beberapa anugerah seperti Pejuang Sastera (1976), SEA Write
Award (1982), Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan), Universiti Malaya (1983), Anugerah Sastera Negara (1983), Zamalah Sastera (1985).
 

Ke Ensaiklopedia Sastera