Noor S.I.



 

Noor S.I. nama penuhnya ialah Ismail Haji Omar dilahirkan pada 5 Ogos 1933 di Changi Singapura. Menerima pendidikan sekolah rendah Melayu, Arab dan Inggeris. Mula menulis pada tahun 1952 dalam bidang puisi, cerpen, drama dan esei/kritikan.

Beliau turut aktif dalam penubuhan ASAS 50 dan pernah menjaid ahli jawatankuasa dari tahun 1961 hingga 1976.

Pada tahun 1985 Noor S.I. menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A.Write Award). Bukunya yang pernah diterbitkan ialah Setanggi Waja (1960), Rakaman Roh (1963), Dayang Petani (1974), Mana Bulan Mana Bintang (1974) dan DEwi Alam dan Burung Senja (1986).

Puisinya termuat dalam pelbagai antologi bersama baik di Malaysia mahupun Singapura.

Ke Ensaiklopedia Sastera