Berikut diperturunkan kembali cerpen "Kembali" karya Bediuzzaman dari
Jordan yang telah disiarkan oleh majalah Muslimah keluaran April 2000.
KEMBALI

Oleh: Bediuzzaman

Bunting pagi liang liuk ditiup angin semilir. Buah padi yang
kekuningan menunggu masa untuk dituai. Cahaya mega senja kepudaran
membalikkan warna keemasan. Mengasyikkan.

"Abang Din" sahut Imah sambil menggamit Din yang menunggu di pondok.
Sepetang Din berada disitu. Menghalau burung-burung ciak dari memakan
padi.Nampaknya sahaja kelibat burung-burung menyambar tangkai tadi,
Din segera mengayunkan tali yang menggantung tin-tin yang diisi anak
batu. Berkeriau burung-burung itu lari.Kadang-kadang Din akan berlari
menghambat burung-burung itu sendiri. Shuh! Shuh! Din membaling apa
sahaja yang ada ditangan. Begitulah rutin kehidupannya saban hari di
musim padi masak menguning. Beberapa buku ulang kaji SPM dibawa
bersama ke pndok. Tarikh peperiksaan kian hampir.

Imah datang dekat pondok buruk tempat Din berteduh. Din masih ralit
meratah ii buku rujukan yang hampir  lusauh kulitnya. Kehadiran Imah
semacam tidak diendahkannya.

"Abang Din… lunak suara Imah nada memujuk. Geli gelaman Din
mendengarnya. Begitulah selalunya jika mahu sesuatu darinya..

"Abang Din… Imah cakap dengan Abang Din ni…" Nada Imah
berubah separa
merajuk. Din mengerling kearah Imah. Wajah Imah mencuka. Nanti
dilaporkan kepada emak susah pula aku Desis hatinya. Sedangkan emak
sentiasa menyuruh Din menolong pelajaran Imah. Lebih-lebih lagi Imah
akan menghadapai peperiksaan SRP. Biarlah Imah juga berjaya seperti
Din. Din dapat masuk sekolah arama penuh. Tapi Din membiarkan sahaja
surat tawaran tu sampai.

"Mengapa abang Din tolak?" Imah marah-marah bila sahaja Din
memberitahu dia menolak tawaran tersebut, "kerana…abang Din berat
hendak tinggalkan Imah seorang kat kampung ni.?Din cuba berseloroh.
"tipu…"Imah mencebik.

"Eh..eh,tak caya sudah…"

Dalam hati kecil Din, dia mahu terus berbakti kepada kedua orang
tuanya. "Apa kurangnya sekolah agama rakyat di kampungnya. Ramai yang
sudah berjaya hasil anak didik di sekolahnya yang uzur itu" hatinya
berbisik.

"Tolong tangkap katak untuk Imah" katak? Imah nak buat apa?" Tangan
Din mengatup buku Sains SPM-KBSM. Sambil memerhatikan wajah kesian
Imah. "Ala.. nak buat eksperimen. Cikgu Nair minta setiap kumpulan
bawa seekor katak besok. Dalam kumpulan mereka pilih Imah untuk
tangkap katak. Eii, geli Imah! Sial betul budak-budak tu..
mentang-mentanglah kita tinggal tepi baruh."

"Nak katak jantan ke katak betina?" " Tak kisahlah. Mana-mana pun
boleh, asalkan makhluk tu bernama katak. Eh, macam mana abang boleh
tahu katak tu jantan atau betina?'. " Yang jantan tu lebih kecil dari
betina. Tengok maam abang Din ni..kan abang Din lebih kurus daripada
Imah."

"Abang Din! Nak permainkan Imah ya, jaga abang Din!!" Imah kejar Din.
Din lari sekuat hati melalui batas-batas bendang. "nak suruh kita
tangkap katak ke tak ni." Laung  Din sambil berlari. Imah cabut
sebelah seliparnya.Dilontarkanya terkena tepat kepala Din Dup!
Tompokan lumpur terpalit. "aduh kalau gini tangkap emak katak pun
mati." Imah ketawa mengkekeh. Lebar senyumanya. Geramnya terbalas.

"Din….termenung panjang nampak. Mak panggil pun tak dengar."
Wajah mak
Limah muncul dari bendul dapur. "Eh… mak ,bila balik dari pekan?
Sekejap pulak mak pergi…". Mak Limah duduk berlunjur . Sambil
membetulkan urat-urat betisnya yang berkematu. Darah-darah tersimpul
sering membuatnya lenguh. Tanpa disuruh,Din menjamah kedua-dua betis
Mak Limah. Mengurut perlahan.sesekali Mak Limah bersendawa.Lega. "Din
teringat kat sapa tadi? Kat orang dekat ke.. orang jauh?" Din
tersenyum malu."Tak adalahlah mak…saja merenung awah ynag
menghijau.
Leka pula.

Hampir lima tahun Din tak menatap pemandangan dan suasana kehijauan
sebegini. Kat Jordan, saban hari hanya menatap padang pasir" Mak
Limah
tersenyum. Sudah tahu yang tersirat disebalik hati anak
terunanya.Anak
harapan yang dilepaskan pergi merantau lima tahun lalu. Kini pulang
untuk berbakti kepada masyarakat. Anaknya itulah yang bakal memimpin
adik-adiknya. Anaknya itulah juga yang akan memberi saham untuknya di
akhirat kelak.

"Din masih ingatkan Imah anak Mak Long Leha?" Din agak terkejut
kemudian mengangguk perlahan. Entah hatinya jadi berdebar-debar."Tak
ada dia tulis surat untuk Din masa di sana?" Din geleng kepala.
"Sibuklah tu… kata emaknya dalam setahun dua tiga pucuk surat
sahaja
yang dikirim. Itupun ringkas.Belajar doktor ni susah sikit gamaknya
ya, Din…"fikiran Din mengelamun kenangan zaman kanak-kanak dan
remajanya. Mak Long Leha macam anak beranaknya. Lebih-lebih lagi
setelah kematian arwah uaminya. Imah,anak tunggalnya ditatang bagai
minyak yang penuh. Entah macam mana Din pun tak tahu Mak Long Leha
boleh melepaskan Imah. Merantau jauh. Menutut ilmu 'diatas angin'
England.

"Din… Imah nak balik minggu depan. Pulang bercuti. Inilah kali
pertama
dia balik sejak pergi kesana empat tahun lalu. " Iya" Din separa
terkejut. Bercampur gembira. Bagaimanalah Imah kali ini. Adakah masih
nakal macam dulu lagi Masih berbadan gempal.

Sejak kepulangannya ke tanahair enam bulan yang lalu. Din begitu
sibuk
dengan rutin baru hidupnya. Nasib baik dia terus diterima mengikut
Diploma Perguruan. Kalau tidak sudah pasti dia terkial-kial. Terperuk
di desanya.

"Berapa lama lagi cuti Din/" Mak Limah menghulurkan secawan kopi
bersama sepiring binga ubi.
"Lagi seminggu emak." Din katup kitab Subul as Salam. Masa luang dia
membelek-belek kembali kitab yang dibelinya semasa di Jordan. Semasa
pulang ke kampung dia kerap ditanya tentang hukum-hakam. Din amat
berhati-hati dalam memberi hukum yang beliau kurang pasti. Takut
tersilap hukum. Nanti membawa padah. Jadi bahan fitnah. Kesempatan
cuti begini, Din sering diminta memberi kuliah selepas solat Maghrib.
Din menerangkan perkara berkadaran dengan pemikiran orang kampung.
Tidak membawa masalah khilaf yang boleh memeningkan mereka. Lainlah
jika beliau dipanggil memberi ceramah di ibu kota. Di klaangan
intelek
dan cendikiawan. Perlu persediaan yang lebih rapi dengan kupasan
perbahasan terkini.
"empat lagi la.. berjumpa dengan Imah" Mak Limah tersenyum sambil
menghirup kapo yang masih panas. Berasap.
"mungkin rindu dia nak berjumpa dengan abang Din nya".
Entah dia masih ingat lagi kat Din ni. Entah-entah dah jadi macam
omputih." Lagak Din separa merajuk. Mak Limah terus tersenyum. Polos.
Abang Din telefon " Laung Icah, adik Din dari jendela. Din segera
mambasuh tangannya yang kotor. Berlumpur sepetang dia mencangkul
batas
sayur dibelakang rumah. Sejak ayahnya meninggal dunia sebelum dia ke
Jordan. Semenjak itulah tanah di belakang rumahnya terbiar. Mengkuang
kian membesar lalang meninggi sudah jadi belukar. Mudah jadi tempat
binatang terbisa membiak Din bergegas memanjat anak tangga lantas
mencapai ganggang dari adiknya.
"Assalamualikum…. Zainuddin cakap."
"Waalaikumusalam… apa khabar ustaz Zainuddin ?" terdengar suara
sayup.
Suara yang biasa kedengaran.
"Ini Azhar ke? Bila anta balik?"
"Baru dua minggu… ana lewat satu fasal daripada anta. Maklumlah
malas,
tak seperti anta. Din… anak nak jemput anta ke walimah ana minggu
depan. Ingat lagi ustazah Roziana ? Dia bakal zaujah ana."
Iya..? Alfun Mabruk Azhar! Kahwin juga anta akhirnya."
Din tersenyum sendirian mengingati Azhar, rakan karibnya seorang yang
kelakar dan sentiasa menjadi kegemarannya, jika ada Majlis Ramah
Mesra
Walimatulurus diallah yang sering menjadi pengerusinya.
"Jangan tak datang Din, bawa mak, adik dan bakal zaujah anta hadir
sama." Azhar cuba bergurau. Din jadi senyap kelu seketika.

"Err… Insya Allah ana datang." Masyi, ana mahu telefon
rakan-rakan
kita yang lain. Nanti kita berborak panjang lagi." Din meletak
ganggang telefon. Perlahan.
Assalamualaikum wbt….
Akhi Ustaz Zainuddin…Ana faham apa yang ustaz maksudkan dalam
surat
yang lepas.setiap pejuang memerlukan seorang srikandi bersamanya
sebagai sayap kiri. Sebagai pengukuh dan tiang seri agar si suami
terus 'thabat' dalam perjuangan. Apatah lagi dalam satu saf dengan
hadaf. Ana sanjung dan hargai perhubungan kita selama ini selama ana
mengenali ustaz, banyak tunjuk ajar dan nasihat yang ustaz berikan.
Terasa betapa kerdilnya diri ini.. Setelah berfikir panjang  dan
istikharah ana telah mengambil keputusan. Biaralah ana berundur.
Pertunangan kita setakat ini sahaja.. Ana masih banyak perlukan
persediaan untuk melangkah  ke alam itu. Ana berdoa agar ustaz akan
menemui srikandi yang lebih baik dari diri ana. Diharap ustaz dapat
memahami diri ana.

Wasalam.

Dari ana yang dhaif,
Ustazah Hartini.

Din melipat kembali kertas yang hampir renyuk di tangan. Surat
ringkas
itu sudah cukup menerangkan segalanya. Mudahnya melafas kata… Apa
kurangnya aku…apa lebihnya dia….tak sepadankah aku
dengannya…..apakah
silapku….. betulkan dia belum bersedia atau…sekadar satu
alasan!.

Jiwa Din memberontak. Merusuh beberapa hari. Pertunanganya dengan
Hartini bukannya sebulan dua. Sudah hampir dua tahun. Temannya pernah
menasihatinya tidak baik tunang lama-lama.hati manusia mudah berubah.
Tapi Din yakin hatinya dan hati hartini takkan berubah. Din bukannya
tak mahu menyergakan perkahwinan mereka. Sudah acapkalai dia mendesak
hartini. Tapi setiap kalai itulah hartini menyuruhnya bersabar.
Akhirnya Din akur. Din sentiasa berdoa agar perhubungannya dirdai
Allah. Dan semoga ia sampai ke jinjang pelamin. Impianya untuk
melahirkan keluarga mithali Islam. Tapi semuanya berkecai.

Selepas solat  Din sentiasa berdoa agar Allah mententeramkan hatinya.
Dimalam hari Din qiam. Diluahkan segala isi hatinya kepada Allah.
Dialah sebaik-baik "kaunselor" baginya. Hati Din jadi tenang.
Akhirnya
nama Hartini semakin hilang. Kian luput dari ingatannya.

"Din … bunga bukan sekuntum … ini semua hikmah Allah. Siapa
tahu …
Allah telah menetapkan jodoh terbaik buat diri anta nanti. Apa
kurangnya kumbang bernama Zainuddin teman serumahnya cuba
menghiburkan
hati Din.

Tapi setiap kali ada sahabatnya yang melangsungkan perkahwinan ketika
cuti. Ketika itulah Din merasai kesepian. Begitu sunyi amat terasa
dirinya serba kekurangan jiwanya jadi tertekan. Perasaannya bercampur
baur. Din cuba kekalkan hatinya. Dia parah. Biarlah takdir yang
menentukannya. Jodoh dan ajal ditangan Tuhan ! mungkin jodohnya bukan
dari kalangan teman seperjuangan dan seangkatannya.

Lapangan terbang Sultan Ismail, Pangkalan Chepa agak sibuk. Jemaah
haji ramai baru pulang. Mak Long Leha kelihatan keluh kesah. Tidak
keruan. Semalaman dia tidak tidur lena. Rindu ibu kepada anak
tunggalnya itu melimpah ruah. Din, Mak Limah dan Icah turut
mengiringi
Mak Long Leha menyambut Imah pulang. Din mengelih jam. Sepatutnya
penerbangan inilah Imah naik dari KLIA tadi, Namun kelibat Imah masih
tidak kelihatan. Hatinya jadi berdebar-debar perasaan rungsing
menerpa
Mak Limah mengerling ke arah Din. Dipegangnya tangan Din. Din hanya
tersenyum kelat setiap penumpang keluar dari balai ketibaan. Semuanya
berketayap putih dan bertelekung labuh.
"Tu dia Kak Imah" Icah menjerit "mana anakku Imah, mana? Mak Long
Leha
melilau-lilau. Matanya yang hampir rabun menyukarkan lagi pandangan.
Din dan Mak Limah turut mencari-cari Imah.
Tiba-tiba datang seorang perempuan bertudung labuh. Berjubah sedang
menolak troli. Mata Din terpesit.
"Mak…..! Imah menerpa kearah mereka. Dipeluknya Mak Long Leha
yang
masih terpinga-pinga. Mak Long Leha membalas pelukan Imah. Erat.
Diciumnya pipi Imah beberapa kali. Airmata kegembiraan mengalir
deras.
Din masih terkebil-kebil memerhatikan kedua beranak melepaskan rindu.
Kemudian Imah cium tangan Mak Limah. Dipeluknya Icah.
"sudah besar pun Icah!" Icah hanya tersenyum sumbing. "Kak Imah tak
nak salam dengan abang Din ke? Icah mengerling kearah Din yang masih
membatukan diri. Imah kelihatan tersipu-sipu .Malu.
"Apa khabar abang Din?" Tangan Imah masih menyandang beg di tangan.
"Alhamdulillah….Imah apa khabar?" Sihat …alhamdulillah."
Suasana sunyi
seketika. Din ambil troli yang dibawa Imah.
"Mari… kereta disana tu!" Mak Long Leha berpimpin tangan dengan
Imah.
Icah dan Mak Limah berjalan seiringan. Mak Long Leha becok bercerita
dengan Imah. Macam-macam perkara dibualkannya. Sesekali mereka gelak.
Imah kelihatan hanya tersenyum. Manis.
"Dah besar adikku Imah… sudah banyak berubah. Semakin ayu." Gesit
Din.
Sambil sesekala mata nakalnya mencuri memerhatikan wajah Imah. "Ahlan
! Ya Hala!" jerit suara Azhar. Din keluar dari kereta sewa bersama
emaknyaa dan Icah. Orang sudah ramai beransur pulang. Azhar kelihatan
kacak. Berbaju teluk belanga, bersampin dan bersongkok. Din peluk
Azhar ala orang Arab. Mak Limah dan Icah menyusup kebahagian
perempuan. "Mana kerisnya?" Din cuba bergurau.
"Keris sudah kembali kesarungnya! Tak ada keris pun tak apa, janji
kahwin jalan." Din ketawa mengekek. Berbual bersama Azhar tidak
kering
gusi dibuatnya.
"Bila akadnya?" "Pagi tadi…ingatkan anta datang". "maaflah ana
ada
janji …kena ambil orang jauh baru pulang.""Orang jauh, siapa?"
Azhar
agak kehairanan. Din hanya senyap. "Ehem… dah ada pengganti ke?"
Azahar berdehem sambil menyiku Din. "Eh …eh kesitu pulak …tak
adalah
….jiran aana pulang bercuti dari UK."
Azhar mengangguk sambil tersenyum. Mereka berborak panjang. Lama
sudah
Din tidak berbual dengan Azhar. "Azhar …takkan kau layan aku
sahaja….tetamu lain pun nak kenal pengantin lelaki juga." Din
rasa
serba salah. "Tak apa …anta ni kira antara tetamu terakhir.
Lagipun
ana dah letih. Sehari suntuk layan tetamu hari ini.
Kalau ada bantal mesti terus lena. Tunggu sekejap, asyik berborak
lupa
pulak pasal makan. Entah ada lagi lauk untuk anta, kalau habis kira
hidang syai sahaja ok!" Seloroh Azhar sambil berlalu ke sebelah
belakang.
Din memerhati tetamu yang pulang. Tinggal dia keseorangan. Sesekali
ada yang datang bersalam denganya. Bertanya khabar. Ada yang hanya
sekadar menegur dan melambai senyum. Tiba-tiba mata Din tertancap.
Kelibat seseorang yang pernah dikenali. Amat dikenalinya Perempuan
itu
berlalu bersama seorang perempuan yang sudah berumur.
"Hartini…."dadanya jadi berombak. Azhar datang bersama hidangan.
"Ini
sahaja yang tinggal untuk anta. Nasib baik masih ada rezeki." Din
masih tergaman dengan peristiwa sebentar tadi. "Heh …mengelamun
jauh
ustaz kita."
Din tersenyum. Diambil air basuhan tangan. Dijamahnya hidangan dengan
penuh berselera. "Sedap lauk ni….lama tak merasai masakan bekwoh
begini." Puji Din. "Anta bila lagi….? antara sahabat kita
aantalah
yang masih solo. Takkan nak tunggu diri dipinang…"Entahlah Azhar
…jodoh belum ada."
"Kalau dah temui nanti, biar cepet-cepet Din. Jangan pulak diperam
lama-lama. Terlebih peram nanti jadi perkasam!" Hati Din sedikit
terusik dengan kata-kata Azhar.
Din ralit menonton TV. Sejak kepulangannya ke tanahair banyak sudah
berubah. Rancangan TV banyak yang merosakkan minda. Rancangan berita
pun menjemukan. Sudah jadi alat propaganda. Memualkan! Mak Limah
duduk
bersimpuh. Sambil melipat kain baju. Icah udah berdengkur di kerusi
sofa. Letih gamaknya seharian berjalan.
Icah, adik bongsunya itulah pengubat hati emak. Dua orang lagi
adiknya, Saiedah dan Salleh hanya pulang ketika bercuti. Saeidah kini
di tahun dua undang-undang UKM. Salleh masih di sekolah berasrama
penuh di Selangor. Icah pula masih berumur tiga tahun ketika arwah
ayah meninggal. Dia masih ingat emak meraung. Hampir pengsan. Apabila
sekujur tubuh berlumuran darah. Pekat. Diusung ke rumah. Motorsikal
yang ditunggang ayah dirempuh van milik Tauke Ah Sen. Mereka hilang
tempat pergantungan.

Nasib baik ayah ada meninggalkan tanah sawah beberapa relung. Hasil
tuaian yang dikerjakan oleh beberapa pekerja yang diupah itulah yang
menyara hidup mereka sekeluarga. Tauke Ah Sen juga sering
menghulurkan
bantuan . Beliau terasa bersalah atas kematian ayah. "Dah
bercakap-cakap dengan Imah ?" Din geleng.
"Biarlah dia masih letih tu…nanti esok lusa Din pergilah." Din
mematikan TV. "Mak ada juga cakap-cakap dengan Mak Long Leha. Kalau
boleh sementara Imah pulang ni elok diikat. Selepas Imah habis
belajar
nanti boleh dibuat terus. Tak lama Din …lagi dua tahun." Din
termenung
mendengar setiap butiran emaknya.
"Dua tahun memang tak lama…tapi hati manusia boleh
berubah…aku tak
mahu pisang berbuah dua kali. Sudah serik." Hati Din berbisik
perlahan. "Semasa kenduri hari tu…emak ada jumpa dengan Hartini."
Din
mengalih pandangan. Penuh minat. "Dia masih kosong Din…belum
berpunya…maknya ada tanya pasal Din kat mak."
"Tini…? Mak Limah geleng. "Nampaknya dia segan mak. Dia sampaikan
salam kepada Din."Din mengeluh lesu. Dia merebahkan diri. Menyandar
di
kerusi sofa empuk. Sehari dua lagi Din akan kembali ke ibu kota. Din
menunggang HONDA 90 yang dibelinya secara ansuran ke rumah Azhar.
Tadi
emak mendesak Din mencari cincin untuk pertunangannya dengan Imah.
Fikirannya jadi buntu. Berserabut. Semalaman dia tidak dapat
melelapkan mata. Sesekali wajah ayu Imah menerpa. Sesekali pula
kelibat Hartini datang.
"Azhar, ana ada musykillah." Wajah Azhar berseri-seri menyambut Din.
Maklumlah,masih tempoh berbulan madu. "Ana dalam dilema…" Din
nekad.
Dia mahu mengadu segala isi hatinya pada Azhar. Dia tidak tahu kepada
siapa lagi mahu mengadu. Biarlah Azhar tahu betapa peritnya perasaan
yang ditanggung.
"Din …hari tu Hartini ada datang berjumpa dengan isteri ana. Dia
telah
ceritakan segalanya pada Roziana…."jantung Din berdegup kencang.
"Tini
mahu kembali kepada anta!" Din terkedu. Tergaman, tak terkata.

  KE CERPEN ON-LINE