Make your own free website on Tripod.com
 
 
 

peristiwa double six

"6676"
itu angka keramat
bikin sebuah premis jadi gamat
masing-masing penilik menabur wang
angka-angka itu diulang
ditilik songsang
hingga habis ditulis oleh tangan-tangan
premis tiba-tiba jadi penuh dengan orang-orang

"662000"
wajah mangsa korban terpampang
ingatan dua puluh empat tahun lalu
kembali bertandang
hingga kini belum ada sinopsis kejadian
konon kemalangan - meragut orang-orang tersayang

kini didirikan sebuah tugu
menunggu pelawat yang masih keliru!

JY, KK Sabah
6 Jun 2000
09.00 malam



 
Jasni Yakob penggiat sastera kelahiran Sabah. Kini aktif dalam Ikatan Penulis Sabah (IPS).

   Ke Penyair Malaysia