Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
 

DEKLARASI BERKANUN

yang pelik-melik
bercampur seribu jelik
menjadi bahan prospek
politik dalam objek
sebagai deklarasi berkanun
di bawah sumpah kunun-kunun

dengar tanpa prasangka
tiada paksaan apa-apa
kami mengaku bersubahat
dengan para pengkhianat
yang semakin bengap-bengap
kenyang makan duit suap

perut terus membuncit
harta juga membukit
dengan segala bukti
memang ada konspirasi
untuk melelong negara
ke agen asing antarabangsa

kasihan kami diliwat
dipenjara berhari disumbat
keluar dengan mata lebam
ke mahkamah bermuka padam
mana boleh tahan
kena buat pengakuan

mustahil atau tidak tepat
itu bukan matlamat
jadi tajuk muka depan
sensasi sebagai pembongkaran
sebahagian sarkis perdana
berpanjangan ke pilihanraya!

Mohd. Fudzail
November 3, 1999


Mohd. Fudzail adalah seorang jurutera yang mendapat pendidikan di New Zealand. Pernah berkhidmat dengan TV3 dan kemudiannya bertugas di Riyadh. Kini beliau bertugas sebagai juruperunding IT di Dubai, Abu Dhabi. Tulisannya banyak mendapat tempat  dalam penerbitan tempatan dan antara bangsa.
 

  Ke Penyair Malaysia