Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
 

CITRA J.M.AZIZ oh ediramle?

Salam untuk semua di KMSM.

Apa khabar GAPENA,
Apa khabar PENA,
Apa Khabar PELITA,
Apa Khabar semua persatuan penulis di setiap negeri , di Malaysia,
Apa khabar persatuan-persatuan penulis daerah.
Apa khabar kelab-kelab penulisan kreatif di seluruh Malaysia?

Saya sihat tapi sedih,
saya selamat tapi pilu,
memikirkan nasib malang penyair laut kita
yang terpaksa meredah gelombang demi gelombang,
yang terpaksa meredah ombak demi ombak
yang akhirnya terdampar di sudut dinding
tanpa mendapat sumbang simpati.

Sahabat-sahabat semua,
kita sebagai penulis,
apatah lagi sebagai penyair,
perasaan kita terlalu halus
bagaikan terbelahnya  sehelai rambut
menjadi seribu.

kita merasa betapa sakitnya batu
ketika diketuk tukul yang keras,
kita dapat merasa betapa sakitnya pohonan
ketika dahan dan rantingnya dicantas,
getah yang mengalir kita umpamakan darah.

Apakah kita tidak dapat merasa
deritanya rasa manusia terabai,
apakah tidak kita merasa,
sukarnya hidup dalam kesukaran.

Ediramle,
Pesisir Tumpat.



 
Ediramle Ismail adalah penggiat sastera Pesisir Tumpat Kelantan.
 

  Ke Penyair Malaysia