Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
 

Menanti Lampu Hijau

Hari demi hari
Kami terus sabar menanti
Menunggu lampu hijau
Dari Tabung Haji

Bakal hujjaj tak sabar menanti
Menatap Ka'bah,tawaf, saie
Berteleku sujud menyembah diri
Pada keesaan Ilahi

Apalah malang nasib kami
Apalah dosa kami
Ibadah kemuncak rukun Islam ke lima
Dihalang demi kerakusan USD 1,300?

Semalam keputusan terakhir diterima
Passport kami dikembalikan
Wang kami kembali ke tangan
Harapan menggunung tinggal angangan

Namun anak perantau masih tak pasrah
Ikhtiar diusaha sehabis mungkin
Keimanan kepada qada' dan qadar membuak
Ini usaha terakhir kami...

Wakil kami dihantar pulang ke tanahair
Bersemuka sendiri dengan Tabung Haji
Betulkah akibat majoriti kami penentang kerajaan
Maka kami dihukum sebegini rupa
Benarkah kami boros dalam berbelanja
Maka ibadah haji dikira membazir?

Doakanlah perwakilan kami berjaya
Inilah bukti anak Malaysia tidak mudah goyah
Tidak tergugah dan mengaku kalah
Sesungguhnya Yakin Boleh , Malaysia Boleh!

Tetapi jika ini sebagai ujian
Mehnah perjuangan
Kami pasrah
Tetapi jika ia ciptaan petualang
Ia sesuatu musibah yang mesti diubah!

Bediuzzaman
Jordan
 

                           Ke Penyair Malaysia