Make your own free website on Tripod.com
 
Dunia Sastera
Tidak Punya
Visi Dan Misi
oleh: Armiza Nila
 
 
              Saya ingin membawa "Tajuk" ini untuk dibicangkan bersama rakan2 semua
              yang saya kira lebih arif lagi dengan situasi yang berlaku dewasa ini
              dalam dunia sastera kita.

              Saya amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Sharol Lail Sujak
              selama dua hari berturut-turut dalam ruangan Sastera & Budaya menerusi
              akhbar Berita Harian bertarikh 8 & 9 Ogos, 2000 (Selasa dan Rabu) yang
              berbunyi "Dunia Sastera Tidak Bervisi" dan "Sasterawan Tidak Hargai Diri
              Sendiri".

              Hati dan jiwa saya begitu memberontak setelah membaca beberapa kali
              artikel berkenaan. Betapa golongan sasterawan dikritik sebegitu hebat
              tanpa memberi sedikit ruang pun untuk membela diri. Maaf, saya agak
              mentah sebenarnya tapi sebagai seorang yang amat meminati bidang ini
              yang telah menjadi darah daging saya, saya amat tersentak
              sebenarnya..maklumlah darah muda yang masih memerlukan bimbingan dan
              dorongan memang mudah melatah dengan isu-isu sebegini. Saya sebenarnya
              sentiasa melihat dunia sastera itu begitu indah dan amat bernilai
              sekali. Tapi, apa yang diutarakan oleh penulis (Dr) amat mengecewakan
              sekali tapi tidaklah sampai mematahkan semangat.

              Antara petikan kata-kata beliau ialah 1) "Persoalannya, jika benar
              penting mengapa sastera terpinggir? Terpinggir kerana sastera dipandang
              tidak mempunyai nilai oleh orang ramai. Sama ada nilai komersil, nilai
              dagang mahupun nilai jasmani dan rohani." 2) " Jika kita ingin
              memperuntukkan sedikit waktu kepada fikiran atau jika boleh memberikan
              ruang kepada mata hati kita meneropong keadaan dunia sastera tanah air
              kini, saya yakin kita dapat lihat sastera terpinggir disebabkan dunia
              sastera tidak ada visi dan misi." dan penulis berpendapat bahawa dunia
              sastera tidak bervisi berdasarkan penampilan, tindakan dan fikiran dalam
              dunia sastera sendiri.

              Di samping itu penulis juga mengatakan bahwa dunia sastera adalah dunia
              percakaran...sasterawan masing-masing mempertahankan pendapat dan
              sentiasa mahu mengatakan kelemahan orang lain tanpa mahu berbincang
              untuk memperbaiki keadaan. Benarkah ini berlaku wahai sahabat2 sekalian.
              Memang kita akui...namun di sebaliknya pernahkah kita terfikirkan akan
              kebaikan di sebalik percakaran ini....bersatu tidak semestinya boleh
              menjamin bahawa dunia sastera tanahair kita gah di arena antarabangsa...

              Sasterawan juga dihentam akan penampilan diri mereka. Begitu sinis
              sekali penulis mengatakan bahawa "Kita juga berharga bukan saja dari
              segi isinya tetapi juga penampilannya. Jangan jadikan kita nampak sangat
              bergantung kepada mereka untuk mendapatkan pengiktirafan!"

              Akhirnya penulis mencadangkan untuk mengatasi masalah keterpinggiran,
              eloklah dunia sastera duduk berbincang bersama, jangan berbalah, carilah
              apakah visi dan misi yang sewajarnya untuk dunia sastera dan kemudian
              pastikan pula visi dan misi itu difahami dan dihayati semua yang
              terbabit dan paling sesuai kononnya beliau berkata..."bersatu
              memartabatkan sastera tanah air".

              Maaf sekali lagi, mungkin apa yang saya tulis ini agak tidak tersusun.
              Cumanya saya ingin memanjangkan isu ini kepada rakan-rakan semua untuk
              memberi pandangan akan keterpinggiran dunia sastera dan tidak
              bervisi-misi ini.

              Pada saya, bersatu memartabatkan sastera tanahair tidak menjamin akan
              keberkesanan dan kemajuan sastera kita. Lihatlah di negara-negara lain
              contohnya Indonesia yang paling dekat..tidak semua penyairnya
              bersatu..maksud saya tidak semua fikiran dan tindakan penyair mereka
              diterima oleh semua golongan namun, karya dan pemikiran mereka mampu
              diiktiraf oleh antarabangsa. Tidakkah ini satu jawapan kepada persoalan
              tadi bahawa kita perlu bersatu. Setiap kita telah dianugerahkan bakat
              dan keistimewaan masing-masing yang berbeza. Oleh itu, kita
              masing-masing berupaya sebenarnya memartabatkan sastera tanahair tanpa
              menunggu untuk bersatu atau mengadakan persatuan sehingga seperti yang
              dikatakan tadi ialah lebih banyak mengundang gelanggang percakaran!

              Nah!...saudara-saudaraku searena sastera....saya membuka ruang ini untuk
              kita sama-sama bincangkan untuk mendapatkan sedikit-sebanyak ilmu yang
              boleh dijadikan panduan. Tidaklah dunia sastera kita terlalu dipandang
              rendah orang golongan korporat (profesional) yang lain sedangkan
              sasteralah yang telah banyak menabur bakti dalam menaikkan semangat
              nasionalisme, patriotisme dan bermacam-macam me lagi ke dalam jiwa anak
              merdeka ini!
 

                 Tekan Untuk Kembali Ke