PEREMPUAN
 

I
Pesan ibu
tidak perlu bersuara
seorang perempuan
harus bijak mengunci kata
dan menyimpan lukanya

tidak usah meminta
seorang perempuan
harus sering memberi
tanpa meminta yang lebih lagi

sebagai perempuan
hidup adalah pengorbanan


II
maafkan
aku belajar bersuara
kerana ada ketikanya suara
menyembuhkan luka
aku belajar meminta
tanpa meminta
aku tidak mungkin memiliki
aku berhenti memberi
kerana apabila terlalu memberi
orang akan terlupa menghargai

sebagai perempuan
ada waktu-waktunya aku perlu
meninggalkan penjara
keperempuananku!

Anina Sofia
 
 
 

    Ke Penyair Malaysia