Adi Kelana

 
Adi Kelana atau nama sebenarnya Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Said lahir di Kampung Panchor Papan, Tutong Brunei Darussalam pada 25 September 1934. Berpendidikan Melayu dan mengikuti kurus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (MPSI), Malaya dari 1951 hingga 1953. Dalam tahun 1964 berkesempatan mengikuti kurusus setahun di London Institute of Education, Universiti London.

Mula menulis dalam tahun 1951. Di samping mengguanakn nama pena Adi Kelana, belia juga mengguanakan nama Suwardy I.S dan Widjaya. Bidang penulisan yang diceburinya ialah sajak, kritik, esei dan seni kata lagu kanak-kanak. Sajak belia yang pertama tersiar di dalam majalah Hiburan (1951) dan cerpen pertamanya tersiar di dalam majalah Majlis pada tahun 1951.

Karyanya banyak tersiar di dalam majalah dan Radio Brunei di antaranya ialah di dlaam Majlis, Hiburan, Berita Brunei, Suara Guru dan Bintang Harapan.

Karyanya yang diterbitakn oleh Dewan bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur ialah Puisi-puisi Nusantara (1981) dan Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei (1984).
 

Ke Ensaiklopedia Sastera